Suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah tiba di mahkamah

Oleh – Syeikh Baran


Suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah tiba di mahkamah

Suspek kes pembunuhan kejam Istiqomah Ahmad Rozi, 33, tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk didakwa di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Dia yang memakai baju T bewarna biru gelap dan berseluar pendek tiba pada pukul 9.05 pagi dengan diiringi pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Suspek berusia 37 tahun itu merupakan kenalan lama Istiqomah ketika melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka saling berhubung bagi membincangkan pelaburan dalam pasaran pertukaran asing. – KOSMO! ONLINE

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button