Warga Nepal maut bergaduh dengan lelaki Myanmar

Oleh – Syeikh Baran


Warga Nepal maut bergaduh dengan lelaki Myanmar

Seorang warga Nepal terbunuh selepas terlibat dalam pergaduhan secara berkumpulan antara kumpulan warga Nepal dan Myanmar di asrama pekerja di Kuala Kurau di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian itu kira-kira pukul 12.35 tengah malam semalam.

“Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah ke lokasi dan mendapati pergaduhan telah terhenti, namun seorang lelaki berusia 28 tahun warga Nepal telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan tercetus antara sekumpulan warga Nepal dan Myanmar disebabkan ketidakpuashatian akibat bunyi bising,” katanya di sini hari ini.

Menurut Juna, kedua-dua belah pihak bekerja di kilang yang sama dan berkongsi asrama pekerja di Kuala Kurau.



“Akibat pergaduhan itu, mangsa telah mati dipercayai ditusuk dengan senjata tajam ketika pergaduhan berlaku.

“Dua suspek telah ditangkap, manakala seorang suspek warga Myanmar berusia 38 tahun didapati telah menghilangkan diri selepas insiden itu berlaku,” katanya.

Justeru, pihak IPD Kerian meminta bantuan orang ramai bagi mengesan suspek yang dikenali sebagai Tun Tun Naing supaya menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kerian, Asisten Superintendan Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button