Dua maut, dalam kemalangan tiga kenderaan di Bukit Naning

Oleh – Syeikh Baran


Dua maut, dalam kemalangan tiga kenderaan di Bukit Naning

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Bukit Naning, Jalan Bakri menghala ke Air Hitam di sini lewat petang tadi.



Menurut Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.39 petang.

Ujarnya, setibanya pihak bomba di tempat kejadian mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori hino, sebuah treler kontena dan sebuah kereta sewa jenis Proton Iswara.

“Terdapat dua mangsa di mana seorang lelaki berusia 60 tahun dan wanita dilaporkan sebagai warga asing di dalam kereta Proton Iswara tersepit dan pihak bomba
menggunakan peralatan khas RTA bagi mengeluarkan mangsa.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditempat kejadian.



“Mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shahrizal, pemandu treler berumur 48 tahun mengalami kecederaan di bawa ke hospital berdekatan manakala pemandu lori hino berusia 48 tahun didapati tidak mengalami kecederaan.

Seramai sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian di ketuai komander operasi
PBK II Mohd Fettry Mahat bersama dua buah jentera.

Operasi ditamatkan pada pukul 5.50 petang.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button