“Jika Benar Berita Ni, Saya Amat Bersyukur” – Ibu Syamsul Yusof
“Jika Benar Berita Ni, Saya Amat Bersyukur” – Ibu Syamsul Yusof
Tiada angin tiada ribut, pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof hari ini disahkan menfailkan penceraian terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Perkara itu ternyata mengejutkan orang ramai termasuklah ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang dikatakan sudah lama terputus hubungan dengan anak mereka.
Memetik laporan Harian Metro, Datin Patimah bagaimanapun mengucapkan syukur jika benar berita penceraian tersebut benar.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar.
Kata beliau lagi, kini nasi sudah menjadi bubur kerana rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur. Manakala, anak-anak pasangan itu jadi mangsa.
Namun, beliau sudahpun memaafkan keluarga Ira di atas apa yang berlaku itu.
“Jika Benar Berita Ni, Saya Amat Bersyukur” – Ibu Syamsul Yusof
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka