MBDK gempur warga asing urus Pasar Malam Teruntum

Oleh – Syeikh Baran


MBDK gempur warga asing urus Pasar Malam Teruntum

Kebanjiran warga asing yang mengendalikan perniagaan di Pasar Malam Teruntum di sini berakhir apabila digempur pihak berkuasa , kelmarin.



Operasi bermula pukul 5 petang yang dijalankan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) tersebut juga mengeluarkan 21 kompaun secara keseluruhannya.

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, serbuan tersebut hasil aduan dengan pemeriksaan dijalankan terhadap 51 peniaga kesemuanya.

Katanya, hasilnya menunjukkan tujuh peniaga tempatan berniaga tanpa lesen dan 14 peniaga melanggar syarat perniagaan iaitu menggunakan pekerja warga asing dan tidak menyediakan tong sampah.

“Pasukan serbuan turut menyita tiga gerai yang dijalankan oleh peniaga warga asing yang bergerak secara ‘rambo’ di lokasi tersebut.



“Sitaan tersebut melibatkan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran dan barangan basah ikan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan arahan tegas juga diberikan peniaga agar tidak menggunakan pekerja warga asing bagi mengendalikan perniagaan mereka dengan pemilik perlu berada dilokasi.

Ujar Norfiza, tindakan pembatalan lesen akan dikenakan terhadap pemilik lesen yang melanggar syarat lesen peniaga pasar malam.

“Tindakan 21 kompaun turut dikeluarkan dengan 13 daripadanya dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) 15 (1) penjaja iaitu mengambil pekerja warga asing tanpa kebenaran selain tujuh dibawah UUK3 menjalankan perniagaan tanpa lesen dan satu tidak menyediakan tong sampah,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button