Puteri Sarah Beri Respon Isu Syamsul Yusof Failkan Cerai
Puteri Sarah Beri Respon Isu Syamsul Yusof Failkan Cerai
Semalam kami melaporkan yang peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar hari ini.
Terbaru! Menurut laporan Kosmo Online, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana akhirnya tampil memberi respon mengenai perkara itu.
Puteri Sarah berkata yang dia tidak berhak untuk memberikan komen kerana itu bukanlah urusannya.
Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.
Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri.
Bukan tu jer, pelakon itu juga mendoakan agar urusan kedua-dua pihak dipermudahkan.
Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.
Puteri Sarah Beri Respon Isu Syamsul Yusof Failkan Cerai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka