Upin Ipin ‘wujud’ di alam nyata

Oleh – Syeikh Baran


Upin Ipin ‘wujud’ di alam nyata

Tular satu klip video yang memaparkan aksi dua orang kanak-kanak mengenakan ‘kostum’ pakaian sama seperti watak Upin Ipin.



Menariknya, penampilan kedua-dua kanak-kanak tersebut sama seperti dalam cerita tersebut yang mana watak Upin mengenakan baju berwarna kuning dengan tertera huruf ‘U’ pada hadapan bajunya bersama ‘sehelai’ rambut di belakang.

Bagi watak Ipin pula, kanak-kanak tersebut mengenakan baju berwarna biru dan tertera huruf ‘i’ pada bajunya dan kedua-dua kanak-kanak itu berkepala botak.

Dipercayai, klip video yang tular itu dirakam di sebuah pasar raya terkemuka di Johor Bahru berdasarkan komen netizen di laman sosial, namun tarikh sebenar ia dirakam tidak dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netzien teruja melihat kedua-dua watak kartun kegemaran kanak-kanak di negara itu, malah meraka menganggap bahawa Upin Ipin wujud di alam nyata.



“Ada sungguh deh,”tulis Darus Muhammad.

“Bila dia wujud alam nyata ni jadi menakutkan pula,”kata An Pi An.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Lili Malina II.

“Wow, mereka dua, baru keluar dari TV (televisyen),”katanya.



Sumber -KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button