Baju anak tidak berganti berbulan-bulan
Baju anak tidak berganti berbulan-bulan
Gaza: Selama berbulan-bulan, Safaa Yassin, memakaikan anaknya dengan pakaian putih yang sama. Itu antara pengalaman golongan ibu di Semenanjung Gaza yang kini musnah akibat perang selama 10 bulan.
“Semasa mengandung, saya bermimpi untuk memakaikan anak perempuan saya dengan pakaian yang cantik. Hari ini, saya tidak mempunyai apa-apa untuk dipakaikan kepadanya,” kata Safaa, seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang dipindahkan dari Bandar Gaza.
“Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti saya tidak akan dapat memakaikan pakaian cantik kepada anak-anak saya,” kata ibu berusia 38 tahun itu yang kini tinggal di Al-Mawasi, kawasan pantai yang ditetapkan sebagai zon kemanusiaan oleh tentera Israel.
“Menyedihkan lagi apabila beberapa pakaian yang saya temukan sebelum berpindah ke selatan adalah sama ada ia saiz yang salah atau tidak sesuai dipakai untuk musim ini,” tambahnya.
Mencari pakaian iaitu apa-apa sahaja pakaian kini sudah menjadi rutin yang semakin sukar bagi 2.4 juta penduduk yang tinggal di wilayah Palestin yang dikepung dengan kejam oleh rejim Israel itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat
- Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin
-
Adakah Muhyiddin cuba cetus kebencian terhadap institusi YDPA?
Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka
Gaza pernah mempunyai industri tekstil yang berkembang maju, tetapi sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu, ia hanya menerima sedikit barangan untuk kegunaan penduduknya.
Faten Juda juga bergelut untuk mendapatkan pakaian supaya dapat dipakaikan untuk bayi lelakinya, Adam, yang berusia 15 bulan.
Anaknya itu kelihatan memakai pijama yang tidak sesuai, dengan lengan dan kakinya terkeluar dari pakaian sendat itu.
“Dia semakin membesar setiap hari dan pakaiannya tidak sesuai dengannya lagi, tetapi saya tidak dapat mencari yang lain,” kata ibu berusia 30 tahun itu kepada AFP.
Kilang di Gaza terhenti operasi selepas berbulan-bulan ketiadaan bekalan elektrik. Sebarang bahan api yang tiba untuk penjana, digunakan terutamanya untuk hospital dan kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti gudang dan tempat bekalan bantuan.
Dalam keadaan ini, sukar untuk mencari pakaian baharu.
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini, menyiarkan di platform media sosial X: “Sesetengah wanita memakai tudung sama sejak 10 bulan lalu.”
Baju anak tidak berganti berbulan-bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
- Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :