Jasmine Begum dilantik Pengerusi Mimos baharu
Jasmine Begum dilantik Pengerusi Mimos baharu
Kuala Lumpur: Mimos Berhad mengumumkan pelantikan Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharunya berkuat kuasa 8 Ogos lalu bagi menggantikan Datuk Seri Ibrahim Ahmad yang berkhidmat sebagai Pengerusi Mimos sejak 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos lalu.
Kini, Dr Jasmine mengetuai Urusan Korporat dan Hal Ehwal Undang-Undang di Microsoft untuk rantau Asean menangani isu-isu teknologi rentas disiplin, dasar, dan masyarakat.
Dengan kerjaya cemerlang selama lebih 30 tahun, beliau menerima pengiktirafan dalam bidang undang-undang, dasar, peraturan, geostrategi dan komunikasi.
Sebelum menyertai Microsoft, Dr Jasmine pernah memegang jawatan kepimpinan di Dell, UNDP, dan Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Beliau mencapai pencapaian yang signifikan dalam kerjayanya, termasuk menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik ke dalam Kumpulan Penasihat Pelbagai Pemegang Kepentingan (Multistakeholder Advisory Group, MAG) Forum Tadbir Urus Internet (Internet Governance Forum, IGF) oleh Setiausaha Agung PBB. Kejayaan cemerlangnya turut diiktiraf melalui anugerah berprestij seperti Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Napsiah Omar oleh Institut Pengurusan Wanita (Women’s Institute of Management, WIM) dan Anugerah Kepimpinan Global untuk Kecemerlangan ICT.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat
- Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin
-
Adakah Muhyiddin cuba cetus kebencian terhadap institusi YDPA?
Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka
Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam memajukan dasar ketercapaian, mempromosikan wanita dalam bidang teknologi dan membentuk landskap dasar serta peraturan untuk teknologi termaju.
Dr Jasmine juga adalah penasihat kepada pelbagai Agensi Ekonomi Digital di rantau ini serta Pertubuhan Pelbagai Hala dan Antarabangsa.
Beliau memiliki dwi ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, melanjutkan pengajian pascasiswazah di UK dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perniagaan dan hak asasi manusia. Beliau diterima sebagai peguam di beberapa bidang kuasa.
Kini, beliau berkhidmat sebagai Profesor Adjung di beberapa universiti di rantau ini dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Unitar International University atas kepimpinan dan sumbangan cemerlangnya dalam Dasar Awam dan Tadbir Urus.
Mimos yakin pengetahuan luas Dr Jasmine dalam bidang teknologi, dasar, dan hal ehwal global, ditambah dengan keupayaannya yang terbukti dalam memimpin organisasi yang kompleks, akan memainkan peranan penting dalam membawa Mimos ke puncak kejayaan baru.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri
- Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri
-
Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapiā¦
Wawasan dan kecerdikan strategiknya akan menjadi aset berharga ketika Mimos meneroka landskap dinamik kemajuan teknologi dan berusaha untuk memperluas impaknya di Malaysia dan di arena global.
Jasmine Begum dilantik Pengerusi Mimos baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
- Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :