Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur

Oleh Adam Malik

Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur.

Sebaik sahaja Pihak Istana Pahang membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Muhyiddin atas sindiran nya terhadap Yang DiPertuan Agong dalam ceramah di Nenggiri, maka sudah boleh dianggap kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin sebagai hampir terkubur.



Selain dari laporan Polis yang dibuat oleh pihak Istana Pahang, sejumlah duapuluh sembilan lagi laporan Polis tehah dibuat oleh pelbagai pihak dari kumpulan dan juga individu.

Terkini,pihak Parti PAS Pahang juga telah membuat kenyataan sokongan kesetian tidak berbelah bagi kepada Istana Pahang.

Ini bermakna TSMY telah kehilangan banyak sokongan dari pelbagai pihak yang enggan menyokong kebiadaban dan keceluparan Muhyiddin terhadap institusi Raja khusus nya mantan YDPA.



Dipercayai pihak pemimpin dalaman dari kem tertentu parti Pribumi Bersatu juga bakal ambil kesempatan untuk memberi tekanan supaya TSMY meletak jawatan.

Puak ini tidak berpuas hati terhadap TSMY kerana tidak dapat merebut jawatan Presiden atas sebab pertandingan jawatan itu ditutup.

Antara yang cuba pertahan Muhyiddin dalam kebiadaban TSMY terhadap institusi Raja hanya Wan Fayshal sahaja.



WAF dalam kenyataan nya berkata apa yang dinyatakan oleh TSMY berkenaan 115 SD dari Ahli Parlimen ada lah fakta dan menyatakan beliau turut menjadi saksi melihat dokumen berkenaan nya.

Namun mengenali WAF sering tersalah sasar dan sering lari dari topik seperti kes surat layan dibawa ke Parlimen , kenyataan nya untuk membela Presiden Parti Bersatu hanya dipandang sepi oleh pelbagai pihak.

Isu utama adalah sindiran dan kenyataan TSMY dalam ceramah terhadap YDPA itu lah isu utama laporan Polis.

Kedua, sama ada WAF hendak hulur tengkok selamatkan TSMY berkenaan 115 SD itu terpulang kepada WAF sendiri kerana jumlah 115 itu sendiri meragukan dan tidak betul.



Ini kerana dari mana datang jumlah 115 itu jika Ahli Parlimen BN terikat dengan akujanji dan tandatangan tidak melompat?

Kerana pihak Anwar Ibrahim juga sudah membawa sejumlah 112 SD sahih dan kiraan jumlah tepat cara “en bloc” ketika itu.

Ini bermakna dalam jumlah 115 yang dibawa TSMY ada pecahan individu yang sudah terikat dengan BN.

Ini tidak boleh kerana sudah ada akta RUU lompat parti dan lompatan individu sudah tidak boleh dipakai agi.



Adakah TSMY cuba pedaya istana dengan jumlah tidak sahih?

Di belakang YDPA ada pihak penasihat undang undang dan keputusan YDPA berlandaskan undang undang.
WAF tentu tidak faham tentang hal ini kerana terkenal tidak cerdik pada hal cetak wang yang disaran oleh nya dulu dan juga isu surat layang tidak boleh dibawa ke Parlimen.

Apa yang WAF patut lakukan ada lah terhasil dari surat layang itu jika benar, WAF harus lapor kepada pihak tertentu dan mohon dokumen dan salinan sahih dan bawa ke Parlimen.

Itu yang sepatut nya.



Maka, dengan kedudukan terbaru TSMY dengan kes 3R ini, Riwayat politik TSMY dianggap bakal terkubur.

Ini memandangkan banyak lagi kes laih yang TSMY sedang hadapi dimahkamah.

Apa yang baik untuk TSMY lakukan ada lah letak jawatan dan undur diri cara bermaruah dari politik dan tumpu kepada kes mahkamah yang banyak itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button