Lelaki Itali jadi penyamun di KLIA Terminal 2

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Itali jadi penyamun di KLIA Terminal 2

Seorang lelaki warga Itali ditahan selepas didapati mencuri ubat di sebuah kedai kecantikan dan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini, petang semalam.



Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, suspek berusia 58 tahun dikatakan beredar dari premis itu tanpa membayar barangan yang diambilnya.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, tindak tanduk suspek dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) premis sebelum laporan polis dibuat.

Beliau berkata, suspek dilihat mengambil sekotak ubat Fluimucila berharga RM45.90 dan sekotak ubat Gaviscon berharga RM29.52 sebelum keluar tanpa membuat bayaran.

“Pengadu yang juga pekerja premis telah memaklumkan kepada pengurus kedai dan telah mengarahkan untuk buat laporan polis.



“Berdasarkan maklumat dan dipandu arah oleh pengadu, pegawai penyiasat bersama anggota detektif telah menangkap suspek yang sedang berada di aras dua lapangan terbang itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya berjaya merampas semula sekotak ubat Fluimucila 600 miligram, sekotak ubat Gaviscon dan satu beg bewarna kelabu dengan anggaran keseluruhan RM75.42.

Azman berkata, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button