Pekerja kilang putih mata wang insurans, KWSP tinggalan isteri lesap

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja kilang putih mata wang insurans, KWSP tinggalan isteri lesap

Seorang pekerja kilang berputih mata apabila wang insurans dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM100,000 peninggalan arwah isterinya lesap, selepas dia terpedaya dengan scammer yang menyamar sebagai polis dan wakil Kementerian Komunikasi.



Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 18 Ogos lalu selepas mangsa yang berumur 59 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai wakil daripada Kementerian Komunikasi.

“Suspek menyatakan bahawa nombor telefon mangsa terlibat dengan kegiatan scam melibatkan sebanyak 27 kes sebelum panggilan telefon mangsa disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang melalui mesin ATM sebanyak dua kali ke satu akaun bank yang diberikan bagi tujuan siasatan sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat pindahan wang lagi ke akaun suspek dan kemudiannya membuat laporan polis.



“Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang terima panggilan meragukan untuk segera buat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button