Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan

Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan

Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan

 

Perikatan Nasional (PN) perlu mempertimbangkan pengganti Muhyiddin Yassin mengetuai gabungan itu.

Ia susulan beban ditanggung akibat kontroversi membabitkannya dengan institusi raja, kata penganalisis.



Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata sudah sampai masanya PN mempertimbangkan untuk mengganti Muhyiddin.

“Kenyataan berunsur 3R pada PRK Nenggiri yang menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika menjadi YDP Agong berpotensi merosakkan reputasi PN.”

“Kenyataan Muhyiddin jika diulang olehnya atau pemimpin lain dalam PN boleh menyebabkan rakyat menolak gabungan itu pada masa depan.”

“Ia memandangkan kesedaran terhadap isu 3R semakin meningkat.”



“Ramai menyifatkan isu 3R dalam kempen politik sebagai tidak bertanggungjawab.”

“Ucapan keterlaluan hanya mendorong pengundi memilih alternatif lebih stabil dan bersifat sederhana.”

“Jika gagal tanganinya mereka boleh rugi untuk jangka panjang.”

“Kontroversi terkini membabitkan Muhyiddin dan Sultan Pahang sememangnya menambah tekanan kepada PN untuk pertimbang kepimpinan baharu.”



“Sebagai ganti PN memerlukan pemimpin mempunyai kebijaksanaan politik.”

“Cekap mengurus krisis dan telus untuk memastikan kontroversi itu tidak berulang.”

“Pada masa sama menawarkan kepimpinan lebih sederhana dan diterima masyarakat,” jelas beliau.

Senada dengan beliau adalah Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



“Tindakan Muhyiddin berkemungkinan dilakukan sesiapa sahaja sebagai pembangkang.”

“Kerana keputusan tidak memihak kepada mereka dalam pelantikan perdana menteri.”

“Cuma kenyataan 3R Muhyiddin itu telah melampaui batas.”

“Sehingga Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan kenyataan murka,” jelas beliau.



Terpulang Kepada Kepimpinan Perikatan Nasional

 

Rakyat sudah mula menunjukkan kemarahan.

Ia dapat dilihat dengan jelas dalam keputusan di pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

Persaingan yang dijangka sengit telah berubah kepada kemenangan bergaya kepada UMNO/Barisan Nasional.



Bukan sahaja rakyat di Nenggiri telah menunjukkan kemarahan mereka, tetapi rakyat di seluruh negara.

Sehingga kini sudah 29 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung isu tersebut.

Terpulang kepada kepimpinan Perikatan Nasional terutamanya dari PAS.

Pilihan yang ada, gantikan Muhyiddin untuk kekal relevan atau kekalkan Muhyiddin dan hadapi penolakan rakyat dalam pilihanraya.

 

Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan

 

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button