Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu

Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu

Subang Jaya: Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Kumpulan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata serta menyasarkan mangsa melalui urus niaga yang palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan ditembak mati selepas berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini.



Menurutnya, kejadian kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan polis.

“Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu
KEADAAN di lokasi kejadian berbalas tembakan di Subang Jaya yang dipenuhi pasukan polis melakukan siasatan. FOTO Bernama

Beliau berkata, risikan terhadap kumpulan berkenaan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dikordinasikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.



“Modus operandi ialah mereka interaksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.

“Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya,” katanya.

Katanya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button