Penunggang motosikal maut digilis lori

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang motosikal maut digilis lori

Seorang lelaki berusia 21 tahun maut susulan kecederaan parah di kepala akibat digilis sebuah lori selepas terjatuh motosikal dalam kemalangan kira-kira pukul 8.52 pagi di Jalan Lahat, di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Lahat menuju ke Menglembu cuba memintas sebuah motosikal dari laluan sama.

Bagaimanapun katanya, ketika cubaan itu, motosikal ditunggang mangsa telah terlanggar pembahagi tengah jalan menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan dan mangsa tercampak ke lorong kiri jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button