Pondok mesin ATM jadi penyelamat

Pondok mesin ATM jadi penyelamat

Pondok mesin ATM jadi penyelamat
Tidak lama selepas anak muda itu menekan butang khas di sebelah mesin ATM, polis datang membantunya. FOTO QQ.com

Beijing: Kepintaran seorang kanak-kanak perempuan yang tersesat jalan lalu segera berfikir untuk cuba mendapatkan pertolongan dengan menekan butang merah kecemasan pada sistem interkom di pondok mesin juruwang automatik (ATM), akhirnya menyelamatkan budak berusia lapan tahun itu.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan dalam kejadian 30 Julai lalu itu, budak perempuan yang tidak didedahkan identitinya yang berasal dari Quzhou, wilayah Zhejiang di tenggara China, terpisah dengan datuknya ketika dalam perjalanan pulang dari kelas menari.

Tidak dapat menghubungi keluarganya, kanak-kanak itu cemas. Dia memikirkan cara untuk mendapatkan bantuan.



Budak itu melihat pondok mesin ATM berhampiran dan menekan butang merah di sebelah mesin itu yang kemudian menghubungkannya dengan pusat pemantauan bank.

Zhou Dongying, seorang kakitangan dari Bank Komersial Luar Bandar Quzhou, menjawab panggilan budak itu melalui sistem interkom.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka




“Adakah kamu mempunyai nombor telefon datuk kamu?” tanya Zhou, tetapi gadis menggelengkan kepala dan juga tidak dapat mengingati nombor telefon ahli keluarganya yang lain.

Zhou memaklumkan kepada polis dan memberitahu budak itu untuk tetap berada di situ sambil terus menenangkannya.

“Tinggal di sana dan jangan bergerak, polis sedang dalam perjalanan menyelamatkan kamu,” Zhou meyakinkannya.



Pegawai dari balai polis Biro Keselamatan Awam Daerah Kaihua tidak lama kemudian tiba dan budak itu bertemu semula dengan datuknya yang sudah mencarinya di merata-rata tempat.

Komuniti dalam talian memuji budak perempuan itu kerana kepantasan mentalnya, selain ada yang rasa terkejut dengan tindakannya menggunakan mesin ATM sebagai penyelamat.

“Dia sangat pandai,” kata seorang netizen.

“Ini adalah kali pertama saya mengetahui bahawa ATM boleh digunakan seperti ini. Tahniah kepada gadis kecil yang pintar dan kakitangan yang mesra,” kata seorang netizen lagi.



Pondok mesin ATM jadi penyelamat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button