Tidak boleh caj 20 sen bagi beg plastik

Tidak boleh caj 20 sen bagi beg plastik

Tidak boleh caj 20 sen bagi beg plastik
ARUL Kumar menunjukkan beg plastik jenis biodegradasi yang dibenarkan dibekalkan kepada pengguna tanpa sebarang caj. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Semua pasar raya dan peniaga di negeri ini tidak dibenarkan mengenakan caj bagi penyediaan semua jenis beg plastik kepada pelanggan termasuk dari jenis biodegradasi.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, masih terdapat pasar raya yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sama ada jenis yang dibenarkan atau sebaliknya.

“Sebenarnya larangan penggunaan beg plastik sekali guna, polesterina dan penyedut minuman di seluruh negeri sudah dikeluarkan sejak Oktober 2022.



“Peniaga boleh menyediakan beg plastik jenis biodegrasi atas permintaan.

“Tiada caj boleh dikenakan kepada pelanggan ke atas penyediaan atau pemberian beg plastik jenis biodegradasi yang dibekalkan secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan,” katanya ketika sidang media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka




Beliau berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah memberikan kelonggaran kepada peniaga dalam tempoh dua tahun termasuk menjalankan pelbagai kempen larangan penggunaan beg plastik.

Beliau berkata, dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru, semua PBT diarahkan supaya lebih agresif untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap semua peringkat perniagaan.

“Sejak 2022 PBT sudah mengenakan syarat permohonan lesen perniagaan tidak boleh menyediakan beg plastik kepada pelanggan. Tindakan ini adalah satu kesalahan dan melanggar syarat lesen.



“Masih terdapat syarikat besar dan kecil yang membekalkan plastik dilarang seperti oxo-degradable atau jenis photodegradable yang sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan.

“PBT tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen ini yang mana boleh membawa kepada pembatalan lesen,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen cara bersemuka hati ke hati lebih berkesan




Beliau berkata, peniaga atau pasar raya yang melakukan kesalahan ini boleh dikompaun RM250 dan jika gagal bayar boleh diheret ke mahkamah.

Katanya, sebelum ini kini PBT masih memberikan notis peringatan kepada peniaga yang didapati melanggar peraturan itu membabitkan 1,125 notis di seluruh negeri.

“Hanya Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sudah mengeluarkan 14 notis, manakala Majlis Daerah Rembau (MDR) mencatatkan notis peringatan paling tinggi iaitu sebanyak 500 notis dengan peniaga pasar malam mencatatkan jumlah paling tinggi,” katanya.



Tidak boleh caj 20 sen bagi beg plastik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button