UMNO bukan liabiliti Kerajaan Perpaduan

Oleh – Syeikh Baran


UMNO bukan liabiliti Kerajaan Perpaduan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa parti itu sebelum ini akan menjadi liabiliti dalam Kerajaan Perpaduan.



Ini kerana kata Ahmad Zahid, dakwaan itu hanya satu sentimen atau persepsi yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak bagi memburukkan imej dan keupayaan parti UMNO.

“Bagaimanapun, sentimen ber­kenaan harus ditangani dengan­ memberi penjelasan dan diterjemahkan. Buktinya, dalam bentuk pelaksanaan dasar di peringkat kerajaan Pusat, negeri atau dalam PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan sebagainya.

“Untuk itu, kita harus ambil langkah positif dan beberapa langkah proaktif perlu dilakukan. Jangan biar interpretasi berbeza ini menenggelamkan isu utama yang menjadi tonggak kolaborasi kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya kepada Kosmo!.

Tegasnya, jika UMNO dilihat kononnya me­layan perbezaan pendapat yang melampau, ia bukannya datang dari akar umbi kerana tiada satu daripada 21,000 cawangan UMNO dibubarkan.



“Hanya ada satu atau dua sahaja yang keluar tetapi kalau mereka dalam UMNO pun menjadi labiliti, jadi lebih baik mereka di luar. Jadi kita kenal musuh kita semua dari dalam,” ujarnya.

Ketika ditanya berkenaan isu percanggahan yang berlaku di akar umbi, katanya, perkara itu berlaku hampir di semua parti politik.

“Parti mana yang tiada percanggahan? Semua parti begitu, Inilah dinamik politik. Dalam kumpulan sebelah sana, kita bukan sahaja menghidu bau-bau perbezaan tetapi ia sangat tajam.

“Ia satu lumrah dan terpulang kepada kepimpinan utama parti itu untuk selesaikan,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button