17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) Pahang menyatakan sokongan penuh mereka kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung gesaan supaya Muhyiddin disiasat.
Ketua pembangkang negeri dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim, turut mengisytiharkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tengku Hassanal dan ayahandanya, Al Sultan Abdullah.
“Adun PN Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang berhubung ucapan Muhyiddin semasa berkempen di Nenggiri.”
“Agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.”
“Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas mereka.”
“Dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah tuanku,” katanya dalamĀ kenyataan yang dibuat di sosial media.
Tengku Hassanal sebelum ini menggesa siasatan berhubung ucapan Muhyiddin berkaitan pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15.
Namun begitu, Muhyiddin tetapĀ mempertahankan kenyataan beliau sewaktu berucap di kempen pilihanraya kecil DUN Nenggiri.
Beliau menganggap ianya sebagai fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja atau kecenderungan menghasut.
Muhyiddin juga mendakwa kenyataannya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.
Sehubungan dengan itu, YDP DUN Pahang, Mohd Sharkar, mengarahkan semua ADUN menyatakan pendirian mereka.
Arahan tersebut telah membuatkan semua ADUN PN Pahang berada dalam dilema.
Dengan pendirian yang dinyatakan oleh ADUN PN Pahang, apakah ini menggambarkan sudah berlaku pergeseran dalaman Perikatan Nasional?
Pemimpin PPBM yang sebelum ini mempertahankan Muhyiddin pasti merasa tidak senang dengan pendirian 17 ADUN PN Pahang.
Pendirian PN Pahang dilihat ternyata bertentangan dengan pendirian yang sudah dinyatakan PPBM sebelum ini.
Pergeseran ini tidak akan hanya berakhir di peringkat Perikatan Nasional Pahang sahaja.
Ianya pasti akan berlanjutan ke peringkat kepimpinan tertinggi di pusat.
Sejauh manakah kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional dapat meredakan keretakan yang sudah bermula ini?
17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan