Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi [VIDEO]

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen! “Fasa Yang Akan Dirindukan…”

Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi [VIDEO]

Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi [VIDEO]

Umum mengetahui isteri kepada pendakwah, Dai Syed iaitu Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 14 Ogos lalu.

Menitipkan rasa syukur di atas kelahiran puteri sulung, Dai Syed turut berkongsi nama bayi perempuan mereka bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.



Terkini, Dai Syed dilihat memuatnaik beberapa video yang memaparkan dirinya yang pertama kali bergelar bapa itu sedang bersengkang mata menjaga bayi sulungnya yang sedang menangis ketika ditukarkan lampin.

“Slow-slow belajar 😂.”-kapsyen Dai Syed di Instagram

View this post on Instagram



A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

“Fasa Yang Akan Dirindukan Setiap Ibu Ayah Nanti…”

Perkongsian Dai Syed dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bergelar ibu bapa, malah ramai yang turut berkongsi tips menjaga bayi buat pendakwah selebriti yang kini bergelar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema



“Ni kalau salin pampers dia sambil menangis rasa tak cukup tangan nak pakaikan minyak, pampers, seluar bedung. Fasa yang akan dirindukan setiap ibu ayah nanti.”

“Ajar baby siang terang dan bising, malam gelap dan senyap. Memang mudah nanti. Good luck!.”

“Bau baby best wangi dooh 😍.”



“Ya allah teringat 40 hari yang lepas masa nurse suruh salin pampers anak sendiri. Struggle cari depan belakang pampers tu 🤣.”

“Suara baby tu…masa tu rasa lambat lagi anak nak besar…wrong!.”

“Untung fatima dapat baba yang prihatin sanggup berjaga demi puterinya😍.”

“Hehehe rindu momen ni. Anak tengah nangis rasa kalutnya nak bagi pakai pampers. Ketar-ketar jadinya tambahan bersalin kembar dulu 😂.”



Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 14 Ogos lalu.

Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button