Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC diaibkan kelab Kemboja

Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC diaibkan kelab Kemboja

Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC diaibkan kelab Kemboja
Penyerang Svay Rieng, Pablo Augusto Carvalho (kanan) meraikan jaringan kedua pasukannya pada aksi menentang TFC pada ACC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) diaibkan kelab Kemboja, Svay Rieng FC apabila tumpas 2-3 pada aksi sulung Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Bermula gerakan satu dua bersama Roque Dos Santos, Gabriel Silva bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum bola sepakan leretnya menerjah jaring pada minit ke-12.

Kelekaan benteng TFC sekali lagi dihukum pada minit ke-16 menerusi Pablo Augusto yang melebarkan kedudukan 2-0 apabila mudah menyambar bola muntah percubaan awal Dos Santos.



Usaha tuan rumah menambah tekanan membuahkan hasil selepas rehat melalui Manuel Ott yang menolak masuk bola hantaran Ubaidullah dari sebelah kiri pada minit ke-55.

Sewaktu TFC ghairah memburu gol penyamaan, pemain gantian, Min Rantanak, melebarkan kelebihan 3-1 buat kelab Kemboja itu menerusi percubaan lencong minit ke-86.

Gol penalti Safawi Rasid minit ke-90 susulan kekasaran penjaga gol ke atas Chuwu Chijioke bagaimanapun sudah terlewat buat skuad Penyu dengan kedudukan 2-3 kekal sehingga tamat. – KOSMO! ONLINE

Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC diaibkan kelab Kemboja

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button