Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal – Bank Dunia
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal – Bank Dunia
Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Ketua Ekonomi Bank Dunia Malaysia, Apurva Sanghi melalui satu hantaran di X hari ini berkata dua lagi pembaharuan fiskal bagaimanapun tidak mendapat banyak perhatian iaitu Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan reformasi pencen. FRA merupakan bahagian utama yang hilang dalam perisai makro Malaysia dan ia akan menghubungkan hasil serta perbelanjaan bagi menjamin kestabilan persekitaran fiskal.
“Ia memerlukan penyata perbelanjaan cukai untuk mengurangkan pengecualian cukai yang membazir. Ia menetapkan empat peraturan mengenai hutang serta defisit, mendorong ke arah perbelanjaan fiskal yang lebih bertanggungjawab dan banyak lagi,” kata Apurva.
Bagaimanapun, beliau berpendapat siling hutang semasa yang ditetapkan oleh FRA mungkin terlalu tinggi dan sewajarnya mendapat semakan atau pelarasan untuk menyelaraskannya lebih baik dengan amalan di negara lain.
Apurva berkata siling semasa 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) adalah agak longgar berbanding 45 peratus di negara-negara yang sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
- Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen
“FRA masih kabur tentang apa yang mencetuskan ‘klausa keluar’ ketika krisis seperti wabak atau bencana; penyimpangan yang dibenarkan dan laluan untuk kembali kepada normal. Mempertingkatkan klausa sedemikian akan membantu.
“Daripada bergantung semata-mata pada majlis dasar fiskal yang merangkumi antara lain, perdana menteri, timbalan perdana menteri serta menteri, sekretariat bebas seperti Brazil, Chile atau Kesatuan Eropah mampu mengawasi pematuhan FRA dengan lebih baik,” katanya. .
Apurva juga berkata cadangan pembaharuan pencen menghapuskan skim faedah tertakrif (DB) untuk penjawat awam baharu, menggantikannya dengan skim caruman tertakrif (DC). Ini sepatutnya menjadikan perbelanjaan pencen lebih mampan.
Di bawah skim DB, kerajaan akan menanggung pendapatan persaraan, dengan penjawat awam mendapat sebahagian daripada gaji pra-persaraan mereka pada 60 peratus.
“Tetapi ini tidak akan berlaku ke atas kakitangan baharu. Skim DC mengalihkan tanggungjawab menyimpan persaraan kepada kakitangan. Ini memudahkan kerajaan menangani liabiliti tidak dibiayai,” katanya.
Apurva percaya bahawa risiko utama bagi Malaysia ialah kos peralihan.
“Kerajaan masih perlu membayar di bawah skim lama, sambil menyumbang kepada skim DC baharu. Perancangan bagaimana peralihan ini akan diuruskan masih tidak jelas pada masa ini,” katanya.
Apurva berkata banyak negara, termasuk Hong Kong, China serta India, telah pun berpindah ke skim DC daripada skim DB, manakala Singapura sentiasa mempunyai skim DC yang meliputi kedua-dua sektor awam dan swasta.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal – Bank Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?
- 17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
- Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :