Mayat budak dikelar bapa hanyut 15km ke laut Kuala Kedah

Oleh – Syeikh Baran


Mayat budak dikelar bapa hanyut 15km ke laut Kuala Kedah

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dikelar sebelum dibuang ke dalam longkang di Jalan Pegawai, di sini pada Ahad lalu dihanyutkan arus deras sejauh 15 kilometer sehingga ke laut Kuala Kedah.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, mayat mangsa dijumpai terdampar di tepi Pantai Leman, Kuala Kedah semalam.

Kata beliau, lelaki etnik Rohingya yang merupakan suspek kes bunuh membuat pengecaman dan mengesahkan mangsa adalah anak bongsunya.

“Suspek turut mengesahkan dua mayat lagi yang ditemui sehari sebelum itu adalah isteri dan anak perempuan sulungnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, asid deoksiribonukleik (DNA) suspek dan anak kedua yang terselamat serta tiga mangsa yang maut telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.



Sementara itu, menurutnya, ketiga-tiga mayat mangsa mempunyai kecederaan sama iaitu kelar pada leher.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suspek yang merupakan lelaki gelandangan berusia 43 tahun bertindak kejam dengan mengelar isteri berusia 34 tahun serta dua anaknya berusia dua dan 10 tahun di sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini Ahad lalu.

Seorang lagi anaknya berusia lima tahun ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan bersama suspek ketika ditahan di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang, di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button