Muhyiddin sepatut didakwa atas cubaan pedaya pihak Istana.

Muhyiddin sepatut didakwa atas cubaan pedaya pihak Istana.

Semalam Tan Sri MuhyiddinYassin telah menyerah pembuktian untuk membela diri dari dikenakan tindakan dibawah Akta kesalahan 3R.

Bersorak dan bergembiralah penyokong Perikatan Nasional konon nya pemimpin mereka tidak bersalah dan konon nya kena fitnah.



Namun mereka tidak tahu TSMY telah menyerah pembuktian ada sejumlah 115 yang tidak sahih.

Sepatut diserah jawatan Perdana Menteri kepada nya adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak tepat.

Mungkin sekadar serah bukti ada sokongan 115 Ahli Parlimen itu betul dari segi jumlah sahaja tetapi dari segi kebenaran dan kesahihan 115 itu tidak benar.

Pertama, tidak kah TSMY tahu berkenaan sudah ada Akta RUU Anti lompat Parti dan akta itu telah dikuatkuasakan?



TSMY juga antara Ahli Parlmen yang pernah membincangkannya.

Selain itu tidak kah TSMY tahu anggota Parlimen Barisan Nasional sudah terikat dengan Akujanji tidak boleh bertindak bersendirian selain cara “En bloc” dan semua mesti akur kepada keputusan Pengerusi BN Datuuk Ahmad Zahid Hamidi.

Jadi bagaimana TSMY boleh ada nama 10 Ahli Parlimen dari BN dan selitkan nama mereka didalam senarai 115 AP?

Atau ada kemungkinan mereka diperdaya ketika seorang “Kluster Broker” membuat kerja nemujuk dan memancing?



Mungkin juga diandaikan konon jika AP AP ini tidak mahu sertai mereka akan tersisih dari apa apa jawatan jika kerajaan dibentuk lalu mereka tandatangan setuju?

Atas sebab ini jumlah keseluruhan Ahli Parlimen menjadi jumlah 227 kerana pihak Anwar Ibrahim ada 112 ketika menyerah kepada Istana sedangkan total AP hanya 222 sebelum yang lain kemudian nenyokong Anwar Ibrahim.

Maka TSMY juga harus disiasat dari segi sama ada beliau cuba pedaya Istana Negara.

Penyerahan dokumen pembuktian sekadar untuk menunjuk diri betul, namun perbuatan memperlekehYDPA tetap benar kerana jutaan rakyat telah dengar TSMY melafazkan nya dalam video.



Apabila Wan Ahmad Feyshal berkata video telah disunting oleh pihak tertentu,, bahagian mana disunting dan diselitkan atau ditambah?

Ini semua hanya kerja “damage control” yang sudah terlambat.

Sepatut satu dakwaan tambahan harus dikenakan terhadap TSMY ia itu cubaa perdaya pihak Istana, kerana mustahil TSMY tidak tahu sudah wujud akta RUU lompat parti.

Jika TSMY tahu, bagaimana pula boleh ada AP yang melompat dari gabungan asal boleh ada dalam senarai 115 TSMY?



Jika tindakan tegas tidak diambil terhadap TSMY, negara akan terus huru hara dengan ancaman kerja “tebuk atap”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button