Samun rumah Tan Sri, polis buru Julian

Oleh – Syeikh Baran


Samun rumah Tan Sri, polis buru Julian

Polis memburu suspek ketiga kes pecah rumah pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri di sebuah taman perumahan di Nilai Impian, Nilai dekat sini pada 13 Ogos lalu.



Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, ia susulan tangkapan ke atas dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes sama.

“Suspek ketiga dikenali sebagai Julian Said berusia 37 tahun dengan alamat terakhir di Kampung Tawadakan Jalan Kudat, Kota Belud, Sabah.

“Hasil tangkapan ke atas dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu, polis menjumpai semula sebahagian barangan yang dilaporkan hilang bernilai RM5,000,” katanya kepada pemberita di sini.

Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kes jenayah serta dadah. Ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.



Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afandi Othman di talian 019-8156812 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button