Sebutan kes cerai Syamsul- Ira Kazar 27 Ogos ini

Sebutan kes cerai Syamsul- Ira Kazar 27 Ogos ini

Sebutan kes cerai Syamsul- Ira Kazar 27 Ogos ini

KUALA LUMPUR – Permohonan cerai yang difailkan oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Ira Kazar akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 27 Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul hari ini.



Menurut peguam itu, tuntutan penceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Sebelum ini, peguam syarie itu mengesahkan anak guamnya telah memfailkan permohonan cerai terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 19 Ogos lalu.

Untuk rekod, ini merupakan pernikahan kedua Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Sebelum ini, teka-teki perhubungan Shamsul dan Ira yang menjadi perbualan hangat menemui jawalan apabila Shamsul akhirnya mengakui sudah menikahi Ira di Thailand. – KOSMO! ONLINE



Sebutan kes cerai Syamsul- Ira Kazar 27 Ogos ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button