Sorok dadah RM883,093 dalam rumah kedai di Ampang

Oleh – Syeikh Baran


Sorok dadah RM883,093 dalam rumah kedai di Ampang

Menjadikan rumah kedai yang disewa bagi menjalankan aktiviti penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran luar negara menggunakan perkhidmatan kurier.



Kegiatan seorang lelaki warga asing yang aktif sejak awal tahun ini tumpas dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, di sebuah premis di Ampang, Selangor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan itu hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Australia Federal Police (AFP).

“Pemeriksaan di kediaman itu menemui sejumlah methamphetamine seberat 25.65 kg (kilogram), heroin 717g (gram), dan botol cecair kimia 9,000 ml (mililiter),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rampasan bernilai kira-kira RM883,093 itu boleh digunakan seramai 180,000 penagih dadah.



Jelas Kok Chin, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod jenayah mendapati lelaki itu tiada rekod lampau.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 20 Ogos ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya,

Kata Kok Chin, JSJN akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas untuk diheret ke muka pengadilan.

Justeru itu, beliau meminta masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button