Thailand lapor kemungkinan kes pertama mpox clade 1b

Thailand lapor kemungkinan kes pertama mpox clade 1b

Thailand lapor kemungkinan kes pertama mpox clade 1b
FOTO ilustrasi menunjukkan tiub berlabel positit mpox. FOTO Reuters

Bangkok: Thailand mungkin mencatatkan kes pertama strain mpox baharu yang lebih mudah berjangkit daripada seorang lelaki Eropah, menurut Jabatan Kawalan Penyakit negara itu pada Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Thongchai Keeratihuttayakorn berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah kes mpox clade 1b.

Beliau berkata, pesakit berusia 66 tahun itu melakukan perjalanan dari sebuah negara Afrika yang sedang mengalami penularan wabak berkenaan dan transit di sebuah negara Timur Tengah sebelum tiba di Thailand pada petang 14 Ogos kira-kira 6 petang.



“Pada pagi 15 Ogos, pesakit mula demam dan mendapati terdapat beberapa benjolan pada kulitnya. Dia pergi ke hospital dan ujian menunjukkan bahawa ia adalah mpox,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Dr Thongchai berkata, beliau sedang menunggu keputusan ujian lain untuk menentukan sama ada ia adalah clade 1b dan keputusannya akan diketahui dalam beberapa hari akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema




Beliau berkata, jabatan itu mengesan 43 penumpang yang duduk dua baris daripada pesakit di dalam pesawat, serta individu yang ditemuinya dalam perjalanan dari lapangan terbang.

“Mereka ini akan dipantau selama 21 hari tetapi setakat ini tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan sebarang gejala.

“Ini mungkin kes pertama mpox clade 1b di Thailand dan kami sedang memantau situasi ini” katanya.

Minggu lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa.



Thailand lapor kemungkinan kes pertama mpox clade 1b

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button