Topi fedora Indiana Jones terjual RM2.76 juta

Topi fedora Indiana Jones terjual RM2.76 juta

Topi fedora Indiana Jones terjual RM2.76 juta
Topi fedora itu dipakai oleh pelakon, Harrison Ford dalam filem Indiana Jones and Temple of Doom. FOTO Propstore

Washington: Topi fedora yang dipakai oleh pelakon, Harrison Ford dalam filem Indiana Jones and Temple of Doom dijual dengan harga AS$ 630,000 (kira-kira RM2.76 juta) pada satu acara lelongan, Jumaat lalu.

Portal Rolling Stone melaporkan, topi itu antara acara kemuncak lelongan memorabilia filem dan televisyen, Prop Store.

Barangan lain dilelong termasuk peralatan daripada pelbagai filem termasuk Home Alone, Scream dan Return of the Jedi.



Nilai topi fedora itu ketika pralelongan dianggarkan antara AS$ 250,000 (kira-kira RM1.1 juta) hingga AS$500,000 (kira-kira RM2.2 juta). Ia didapati daripada koleksi mendiang pelakon lagak ngeri, Dean Ferrandini, yang menjadi pelakon ganti untuk Harrison Ford dalam filem berkenaan.

Fedora itu dicipta oleh Syarikat Herbert Johnson Hat di London, yang juga membuat topi untuk filem asal, Raiders of the Lost Ark .


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema




Pereka, Anthony Powell dan penolong pereka, Joanna Johnston bekerjasama rapat dengan Herbert Johnson untuk mengemas kini topi itu.

Ferrandini memakai topi fedora itu semasa melakukan aksi sebagai pelakon ganti dalam filem Indiana Jones, dan akhirnya memiliki barang berkenaan.

Ferrandini meninggal dunia pada Ogos 2023, dan lelongan pada Jumaat menandakan kali pertama fedora itu dijual, 40 tahun selepas tayangan Indiana Jones and Temple of Doom.

Topi fedora Indiana Jones terjual RM2.76 juta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button