Bank Rakyat sasar 10,000 pengunjung Tourism and Halal Food Expo
Bank Rakyat sasar 10,000 pengunjung Tourism and Halal Food Expo
Kuala Lumpur: Berkonsepkan beli-belah tanpa tunai, Tourism and Halal Food Expo anjuran Bank Rakyat yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, dijangka menarik kehadiran seramai 10,000 pengunjung khususnya dari sekitar Lembah Klang.
Ekspo lima hari dari bermula Rabu hingga Ahad ini (25 Ogos 2024) itu menampilkan lebih 150 agensi pelancongan dan perniagaan makanan halal.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif itu adalah platform terbaik bagi perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam industri halal menerusi pemasaran produk makanan halal kepada masyarakat.
“Justeru, saya menyeru kepada semua usahawan untuk turut memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan menjalin hubungan perniagaan, di samping meneroka potensi baharu untuk terus memajukan sektor pelancongan dan makanan halal negara,” katanya dalam kenyataan.
Istimewa buat pengunjung ekspo ini, agensi pelancongan di bawah Tourism Malaysia turut memperkenalkan inisiatif promosi terbaharu ‘Fly Borneo Specials Vol.2-More Adventure Awaits You!’ iaitu tawaran dan promosi hebat mengunjungi destinasi menarik di Sabah, Sarawak dan Labuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?
- 17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
- Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur
Sempena ekspo itu, Bank Rakyat turut menawarkan kemudahan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat bagi pembelian pakej pelancongan yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang terbabit dalam ekspo ini.
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, penganjuran program tanpa tunai ini adalah komitmen berterusan pihaknya dalam menggalakkan amalan inisiatif tanpa tunai, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat.
“Inisiatif ini juga sebagai manifestasi Bank Rakyat dalam menyokong dan merancakkan industri pelancongan dan makanan halal negara kita.
“Diharapkan dengan usaha ini akan menarik lebih ramai pelancong domestik mahupun antarabangsa untuk menerokai keunikan budaya dan makanan tempatan kita,” katanya.
Pada ekspo ini, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktviti yang dianjurkan seperti cabutan hadiah serta menikmati persembahan buskers, dikir barat dan wayang kulit.
Pengunjung juga boleh memohon dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk dan perkhidmatan Bank Rakyat di reruai disediakan.
Bank Rakyat sasar 10,000 pengunjung Tourism and Halal Food Expo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan
- Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah
-
Muhyiddin sepatut didakwa atas cubaan pedaya pihak Istana.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :