Fathia Latiff Akui Kesal Miliki Tatu
Tekad Berjanji Dan Rancang Untuk Buang!
Fathia Latiff Akui Kesal Miliki Tatu
Pelakon Fathia Latiff, 37, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai tatu di tangan kirinya yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.
Tatu bertulisan ‘Angel On Earth’ yang terlihat dalam rakaman video tular di media sosial itu menarik perhatian netizen dan menimbulkan pelbagai spekulasi.
Fathia, atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, mengakui tatu tersebut dibuat dua tahun lalu ketika berada di luar negara, dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi.
Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan ketika dia berada di bawah tekanan dan tidak mampu berfikir secara rasional.
“Saya sebenarnya terbuat (cacah) tatu tulisan ‘Angel On Earth’ yang ketika itu saya dalam keadaan mengalami tekanan dan tak mampu berfikir secara waras. Tapi sekarang saya tahu, benda ini salah,” kata Fathia.
Walaupun kesal dengan keputusan yang diambil ketika itu, Fathia mendedahkan bahawa dia kini sedang merancang untuk membuang tatu tersebut. Namun, disebabkan jadual kerja yang padat, dia belum mempunyai kesempatan untuk melakukannya.
“Ibu bapa mana yang tak marah apabila anaknya buat salah. Tapi tidaklah mereka marah yang teruk sangat kerana ibu bapa saya faham keadaan diri saya yang tidak boleh ‘stress’ (tertekan).
“Saya hormati permintaan ibu bapa yang ingin saya buang tatu berkenaan dan insya-Allah, saya akan lakukannya nanti sebab saya pun kesal dah terbuat tatu ini,” tambahnya.
Dalam perkembangan karier, Fathia menyatakan keterujaannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan setelah lama berehat.
Fathia Latiff Akui Kesal Miliki Tatu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU