Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

 

Persidangan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) sudah membuka tirainya semalam.

Sama ada disedari atau tidak, atau pun disengajakan atau tidak, ketika perwakilan UMNO di seluruh negara bersidang dengan meriah, sudah genap 2 tahun DS Najib terkurung sepi di sebalik jeriji besi.



Siapa DS Najib kepada UMNO dan akar umbi serta pemimpin UMNO?

Sekiranya perwakilan dan pemimpin UMNO yang sedang bersidang hari ini lupa, kita boleh tolong ingatkan.

DS Najib adalah bekas Presiden UMNO selama 9 tahun dari 28 Mac 2009 hingga 12 Mei 2018.

Beliau bukan sahaja pernah menjadi Presiden UMNO, malah beliau juga adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 9 tahun dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.



Bukan sedikit jasa DS Najib kepada UMNO dan negara.

Dalam pilihanraya negeri Melaka dan pilihanraya negeri Johor, DS Najib memainkan peranan utama untuk Barisan Nasional menang bergaya.

Kehadiran DS Najib di setiap pelusuk negeri Melaka dan Johor benar-benar menggerunkan lawan.

Dalam pilihanraya negeri Melaka, DS Najib diserang hebat oleh Pakatan Harapan yang ketika itu menjadi kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir.



Manakala dalam pilihanraya negeri Johor, Perikatan Nasional yang menjadi kerajaan ketika itu menyerang DS Najib dengan dibantu oleh beberapa pemimpin UMNO ketika itu.

Mengapa DS Najib diserang dalam kedua-dua pilihanraya negeri tersebut, sedangkan beliau tidak bertanding dan tidak mempunyai jawatan dalam UMNO pusat.

Kerana aura Bossku sangat menggerunkan lawan.

Walau pun DS Najib diserang, dikecam dan difitnah dengan pelbagai tuduhan, beliau tetap istiqomah membantu UMNO/BN.



Tetapi apa balasan pemimpin UMNO terhadap segala jerit perih DS Najib memulihkan UMNO semula?

Balasannya adalah nama DS Najib semakin tenggelam dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Kerana Perhimpunan Agung UMNO tahun ini tidak ada pemilihan.

Dan nama DS Najib akan sekali lagi disebut dan dilaungkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026 kerana ketika itu akan diadakan pemilihan.



Terima kasih kepada pemimpin UMNO.

 

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button