Pengasas MBI, Tedy Teow diekstradisi dari Thailand ke China

Pengasas MBI, Tedy Teow diekstradisi dari Thailand ke China

Pengasas MBI, Tedy Teow diekstradisi dari Thailand ke China
TEDY Teow. FOTO Arkib NSTP

Bangkok: Ahli perniagaan Malaysia Tedy Teow Wooi Huat, yang ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand pada tahun 2022, diekstradisi ke China untuk menghadapi pertuduhan berkaitan penipuan, menurut laporan portal berita Thailand.

Portal Thairath melaporkan bahawa pengasas Kumpulan MBI itu dihantar pulang dari Penjara Tahanan Bangkok dengan menaiki pesawat ke China pada hari Selasa.

“Pada 20 Ogos, Teow diekstradisi ke China untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram,” lapor portal itu pada hari Rabu.



Laporan itu menyatakan bahawa ahli perniagaan berusia 58 tahun itu diserahkan kepada kedutaan China di Thailand dengan kawalan keselamatan ketat oleh pihak berkuasa China dan Thailand.

Penerbangan asal untuk menghantar Teow diubah pada saat akhir, dengan suspek dihantar pulang menggunakan penerbangan lain di bawah kawalan keselamatan ketat oleh pihak berkuasa Thailand dan China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




“Teow dipindahkan ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, dengan pegawai dari kedua-dua pihak menguruskan proses ekstradisi selain pihak imigresen membantu dalam proses ekstradisinya seperti yang diperintahkan mahkamah,” menurut laporan itu.

Pada 21 Julai 2022, polis Thailand menangkap Teow selepas visanya dibatalkan. Teow dituduh mengatur skim piramid, menipu pelabur dan menjalankan multi level marketing.

Polis China memohon penangkapan Teow dengan mengeluarkan notis merah melalui Interpol pada 9 November 2020 setelah dilaporkan Teow menipu sehingga dua juta orang, dengan ramai warga China menjadi mangsa skim penipuannya.

Di Malaysia, pihak berkuasa membekukan 91 akaun bank yang dikaitkan dengan MBI Group International, bernilai RM177 juta, dan Bank Negara Malaysia menyenaraikan MBI sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan.



Pengasas MBI, Tedy Teow diekstradisi dari Thailand ke China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button