Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama

Netizen lega hubungan dah pulih minta jangan cerai

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama, netizen lega hubungan dah pulih minta jangan cerai

Fara dan Shuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.KETIKA konflik rumah tangga menjadi bualan netizen, pelawak Shuk Sahar dan isteri iaitu Fara Salleh nampaknya kini sudah memilih jalan damai apabila kedua-duanya mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

Menerusi perkongsian dimuat naik Fara di Instagram, dia meluahkan rasa syukur kerana dijemput menjadi tetamu Allah kali ini bersama suami tercinta.



“Alhamdulillah diizinkan Allah,” tulisnya.

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama
Fara berkongsi dua pasport miliknya dan Shuk sebelum pergi ke Tanah Suci.

Bersama kapsyen ringkas itu, dia turut brkongsi fotonya bersama Shuk di hadapan Masjid Nabawi.

Sebelum itu, Fara turut memuat naik foto pasport yang tertera nama Fara dan Shuk beserta kapsyen ‘healing’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan hubungan pasangan ini bertemu penyelesaian terbaik dan kekal menjadi suami isteri.

“Jangan pernah berhenti cuba yang terbaik, semoga perkahwinan Fara dan Shuk kekal. Asam garam mesti ada jatuh dan naik, itu roda kehidupan.

“Isteri kena belajar bersabar dalam emosi, jaga air muka suami. Dah berumah tangga baik buruk semua kena simpan sendiri.



“Alhamdulillah semoga berkekalan dan tak mahu cerai-cerai ya,” tulis netizen di ruangan komen.

Sejak minggu lalu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk menjadi bualan hangat di media sosial.

Fara menerusi Thread menulis luahan hatinya dengan berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama
Netizen doa jodoh Shuk dan Fara berkekalan.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.



Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button