Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan

Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan

Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan

 

Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau disabitkan kesalahan atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.



Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi membuat keputusan, Yasin dilihat dibawa terus oleh pihak polis ke Penjara Kajang.



“Hari ini hari yang gelap untuk saya,” kata Yasin sebaik dibawa polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.

3 Pertuduhan Baharu Terhadap Yasin

Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home.



Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun DAN sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya adalah Kanabis.



Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada enam kali sebatan rotan.

Pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.



Sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun.

 

Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button