EPL: Brighton malukan United di Amex
EPL: Brighton malukan United di Amex
BRIGHTON – Brighton mengekalkan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila meleburkan ego Manchester United menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Amex sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Fabian Hurzeler terus berada di puncak liga selepas turut mencatat kemenangan 3-0 ke atas Everton pada aksi pembukaan Liga Perdana minggu lalu.
Pada aksi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat bermain dalam keadaan berjaga-jaga dengan United menguasai lebih banyak permainan menerusi serangan-serangan yang dilakukan ke arah pintu gol tuan rumah.
Sementara itu, Brighton juga sesekali mengancam pintu gol The Red Devils, terutamanya menerusi gerakan-gerakan dilakukan dua pemain sayap lincah, iaitu Kaoru Mitoma dan Yankuba Minteh.
Ketika aksi separuh masa pertama berbaki 13 minit, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pembukaan selepas Danny Welbeck menyambar hantaran dilakukan Mitoma.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?
- 17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
- Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur
Dua minit berselang, United kemudiannya menjaringkan gol penyamaan menerusi Marcus Rashford, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas dia didapati berada dalam kedudukan ofsaid.
Bersambung separuh masa kedua, skuad The Seagulls hampir menggandakan kedudukan menerusi James Milner pada minit ke-51 tetapi percubaan yang dilakukan berjaya dipintas dan dikeluarkan oleh Diogo Dalot.
Kerja keras yang dilakukan United akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya meledak gol penyamaan menerusi Amad Diallo selepas sepakannya tertampan pemain Brighton, Jan Paul van Hecke lalu menerjah jaring.
United juga hampir untuk membawa pulang tiga mata apabila pemain gantian, Alejandro Garnacho menolak masuk hantaran Bruno Fernandes, namun jaringan itu dibatalkan apabila bola terkena Joshua Zirkzee yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir 1-1, penyerang Brighton, Joao Pedro menjadi wira pasukan itu apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan selepas menanduk masuk hantaran yang dilakukan Simon Adingra. – KOSMO! ONLINE
EPL: Brighton malukan United di Amex
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU
- Yasin Di Hukum Penjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan
- Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD