Sukma 2024 ditutup penuh warna-warni

Sukma 2024 ditutup penuh warna-warni

Sukma 2024 ditutup penuh warna-warni
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyaksikan persembahan bunga api pada Majlis Penutup di Stadium Perpaduan, sebentar tadi. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Pengesahkan Sarawak selaku tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 dan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi penutup sempurna buat negeri ini.

Kejayaan kali ini juga menyaksikan Sarawak menamatkan penantian 30 tahun untuk bergelar juara keseluruhan Sukma selepas kali terakhir melakukannya pada 1994 di Perak.

Kejayaan ini disahkan apabila Sarawak meraih 76 pingat emas, 55 perak, dan 70 gangsa dengan mengumpul 201 pingat secara keseluruhan.



Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati sebagai pasukan kedua terbaik pada edisi kali ini, meraih 75 emas, 65 perak dan 72 gangsa.

Majlis penutup di Stadium Perpaduan, sebentar tadi berlangsung penuh warna-warni dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




Selain perbarisan daripada kontinjen yang mengambil bahagian, upacara penutup juga turut diserikan oleh persembahan daripada pelajar sekolah dan nyanyian daripada artis termpatan termasuk Ratu Rock Malaysia, Ella.

Secara tidak langsung, ia menandakan semua 488 pingat emas sudah pun dimenangi oleh atlet mengambil bahagian. – KOSMO! ONLINE

Sukma 2024 ditutup penuh warna-warni

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button