Tragedi kapal layar karam: Pendakwa raya buka siasatan pembunuhan

Tragedi kapal layar karam: Pendakwa raya buka siasatan pembunuhan

Tragedi kapal layar karam: Pendakwa raya buka siasatan pembunuhan
GAMBAR HIASAN

Termini Imerese, Itali: Seorang pendakwa raya Itali telah membuka siasatan kes pembunuhan beramai-ramai ke atas kematian jutawan teknologi Britain, Mike Lynch dan enam orang lain yang terbunuh apabila sebuah kapal layar mewah karam di Sicily minggu ini.

Pejabat pendakwa raya Termini Imerese, yang diketuai oleh Ambrogio Cartosio, mengumumkan penyiasatan itu berkata, siasatan itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Anak perempuan Lynch yang berusia 18 tahun, Hannah, juga antara mereka yang maut apabila bot Bayesian sepanjang 56 meter milik keluarga itu, terbalik dalam ribut sebelum subuh pada Isnin di luar Porticello, dekat Palermo.



Seramai 15 individu terselamat, termasuk isteri Lynch, yang syarikatnya memiliki Bayesian, dan kapten kapal layar itu.

Kapten James Cutfield dan mangsa lain yang terselamat telah disoal siasat oleh pengawal pantai bagi pihak pendakwa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




Tiada seorang pun daripada mereka telah mengulas secara terbuka mengenai bagaimana kapal itu tenggelam.

Mayat Hannah Lynch ditemui pada Jumaat oleh penyelam yang menyelusuri kapal yang tenggelam itu sejak lima hari lalu.

Lima lagi penumpang yang maut ditemui pada Rabu dan Khamis, manakala mayat satu-satunya anak kapal yang maut, chef Recaldo Thomas, ditemui pada Isnin.

Tragedi itu membingungkan pakar marin tentera laut yang mengatakan bot seperti Bayesian, yang dibina oleh pengeluar kapal layar mewah Itali, Perini, sepatutnya dapat menahan ribut dan dalam apa juga keadaan tidak sepatutnya tenggelam secepat itu.



Tragedi kapal layar karam: Pendakwa raya buka siasatan pembunuhan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button