2 maut, motosikal BMW rempuh Viva buat ‘U-turn’
Oleh – Syeikh Baran
Gara-gara sebuah kereta Perodua Viva tiba-tiba membuat pusingan U, dua lelaki maut iaitu pemandu kenderaan itu dan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam kemalangan di Kampung Baru Kuala Besut, di sini hari ini.
Kemalangan pada pukul 9.35 pagi itu meragut nyawa penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW, Mohd. Alfendi Che Mat Nor, 38, dan pemandu kereta Perodua Viva, Aziz Deris, 59.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuala Besut dari Jerteh, di sini.
“Penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang berada di laluan sama gagal mengelak lalu merempuh bahagian pintu tempat duduk pemandu kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo!,