ANGKASA sasar pendapatan RM750 juta menjelang 2030

ANGKASA sasar pendapatan RM750 juta menjelang 2030

ANGKASA sasar pendapatan RM750 juta menjelang 2030
ABDUL Fattah (tengah) bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Abdullah Jusoh pada sidang media selepas menutup Bengkel Pencapaian Separuh Penggal Pelan Strategik Kumpulan Anak Syarikat ANGKASA 2024. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarkan pendapatan RM750 juta dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Sehingga kini, ANGKASA memiliki 12 anak syarikat dengan lapan daripadanya aktif menjalankan pelbagai perniagaan dan memberi keuntungan, selebihnya empat lagi bakal memulakan operasi dalam tempoh terdekat.

“Sasaran itu seiring pelaksanaan Dasar Koperasi Malaysia (DaKom) 2030 yang dilancarkan kerajaan tahun lalu dengan menetapkan sasaran perolehan gerakan koperasi di negara ini mencecah RM73 bilion pada 2030,” katanya pada sidang media selepas menutup Bengkel Pencapaian Separuh Penggal Pelan Strategik Kumpulan Anak Syarikat ANGKASA 2024 di sini, hari ini.



Abdul Fattah berkata, ANGKASA merekodkan pendapatan RM157 juta tahun lalu dengan RM15 juta hasil aktiviti perniagaan anak syarikat.

“Justeru, kita bercadang membuka tawaran pemilikan 30 peratus saham anak syarikat, MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) kepada gerakan koperasi di negara ini sebagai usaha membantu koperasi mempelbagaikan aktiviti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




“MAAB adalah syarikat pemegang amanah dan sehingga kini sebanyak 100 koperasi telah berdaftar sebagai agen bagi menguruskan hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka, hibah dan wasiat,” katanya.

ANGKASA sasar pendapatan RM750 juta menjelang 2030


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button