Dua maut kereta langgar lori di bahu jalan

Oleh – Syeikh Baran


Dua maut kereta langgar lori di bahu jalan

Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang–Kuantan, di sini malam tadi.



Mangsa yang meninggal dunia ialah mekanik, Zulkifli Mohamad, 43, dan pekerja kedai potong kereta, Mohd Hairul Azlin Samud, 39.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.08 malam.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori menyebabkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu Proton Waja,” katanya.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button