Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16

Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16

Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16

Presiden UMNO, DS Zahid dan pucuk pimpinan parti dah buat keputusan penting.

Barisan Nasional akan bertanding guna logo Dacing pada PRU16.

Tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan pakatan politik lain sebelum atau selepas PRU 16.



Keputusan ini agak menarik.

Sebab dalam suasana politik yang penuh dengan pakatan dan kerjasama, menunjukkan UMNO tetap yakin dengan simbol tradisional.

Tapi dalam masa yang sama, UMNO juga bagi isyarat sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan.

Termasuk Pakatan Harapan (PH), asalkan syarat-syarat mereka dipenuhi.



Ketika ucapan perasmian PAU 2024, DS Zahid ulangi lagi pendirian parti dan keputusan yang dibuat sebelum ini.

Bergerak solo guna lambang BN tapi bersedia bekerjasama sekali lagi untuk tubuhkan kerajaan campuran.

Tetapi mesti atas tiga syarat utama; jangan sentuh kesucian agama Islam, jangan ancam keistimewaan dan hak orang Melayu dan mendaulatkan institusi raja Melayu.

Mungkin keputusan itu membuat ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang Presiden UMNO cuba sampaikan ni?



Dengan guna logo Barisan Nasional, UMNO hendak hantar mesej bahawa UMNO masih parti yang kuat dan relevan dalam politik Malaysia.

UMNO masih berpegang kepada akar umbi dan sejarah perjuangan mereka.

Ini juga cara UMNO untuk pastikan pengundi tradisional Barisan Nasional tidak lari dan terus setia.

Dalam dunia politik Malaysia, tidak banyak logo yang laku di mata rakyat.



Hanya UMNO dan BN, PAS dan DAP saja yang laku selama berpuluh tahun sejak merdeka.

Belajar Dari Pengalaman Silam Bukan Sombong Dengan Kejayaan Silam

UMNO tidak akan sewenang-wenangnya masuk ke dalam mana-mana gabungan.

Mesti ada jaminan yang UMNO akan dapat kuasa atau pengaruh yang signifikan.

UMNO tidak mahu lagi sejarah pahit ketika bersama Perikatan Nasional berlaku sekali lagi.



Dipandang lekeh oleh PPBM dan dipermainkan oleh PAS dalam isu Muafakat Nasional.

Namun untuk UMNO kembali sebagai parti dominan dalam kerajaan, mulai sekarang 2.3 juta ahli UMNO perlu perkukuhkan parti mulai sekarang.

Paling penting UMNO mesti mengakui hakikat, bukan orang Melayu yang perlukan UMNO tetapi UMNO yang perlukan orang Melayu.

Buang segala ego dan mimpi indah sebagai parti dominan dalam kerajaan selama 6 dekad.



Jadi parti yang inklusif kepada rakyat dan bukan parti yang eksklusif hanya untuk golongan tertentu.

Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button