Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

“Tidak Mahu Balas WhatsApp Saya ke Mama”

Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

Baru-baru ini, pempengaruh Marissa Dania Hakim mengejutkan ramai apabila meninggalkan komen yang cukup mengundang perhatian di Instagram ibunya, Abby Abadi.

Komen tersebut berbunyi, “Tidak mahu balas WhatsApp saya ke mama (Abby Abadi),” yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.



Komen itu dibuat selepas Abby Abadi, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, memuat naik satu hantaran yang penuh dengan nasihat dan peringatan untuk para ibu.

Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

 

Dalam hantaran tersebut, Abby menekankan bahawa seorang ibu tidak perlu berusaha menjadi sempurna, tetapi seharusnya berusaha untuk menjadi bahagia.



“Kerana kita harus waras untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak dan hal yang lainnya. Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” tulis Abby dalam kapsyen yang penuh makna tersebut.

Walaupun Abby tidak menyebut sebarang nama atau merujuk kepada mana-mana isu secara langsung, ramai netizen beranggapan hantaran tersebut ada kaitan dengan berita sedih mengenai anak sulung Marissa yang meninggal dunia selepas dilahirkan pra matang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




Perasaan simpati membanjiri ruangan komen, dengan ramai yang meluahkan rasa empati terhadap Abby dan Marissa.

Spekulasi mengenai hubungan antara ibu dan anak ini semakin hangat diperkatakan apabila Abby dilaporkan tidak dimaklumkan tentang berita kelahiran pra matang tersebut.

Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang



 

Hantaran Abby di Instagram itu kemudian dilihat oleh ramai sebagai satu isyarat bahawa mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan mereka, meskipun tiada pengesahan dari kedua-dua pihak.

Kematian bayi Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam, yang baru sahaja dilahirkan pada usia kandungan enam bulan, telah disahkan oleh Aslam semalam.

Dalam kenyataan itu, Aslam menjelaskan bahawa hanya beberapa individu tertentu sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara tersebut, termasuk bapa mentuanya, Norman Hakim, tetapi bukan Abby.



Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

 

Kenyataan ini menambah lagi teka-teki mengenai keadaan sebenar hubungan antara Marissa dan ibunya.

Namun, dalam situasi yang penuh emosi dan cabaran ini, ramai yang berharap agar hubungan keluarga ini dapat dipulihkan dan mereka dapat bersama-sama menghadapi ujian hidup yang tidak dijangka ini.



Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang

Marissa Dania Persoal Kenyataan Abby Abadi Tak Maklum Lahir Anak Pramatang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button