Penunggang motosikal terkena tayar lori ‘terbang’ cedera ringan

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang motosikal terkena tayar lori ‘terbang’ cedera ringan

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang penunggang motosikal cedera terkena tayar lori tercabut dalam kejadian di Jalan Syed Putra, di sini, hari ini.



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.46 pagi, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila tayar sebuah lori tercabut lalu terpelanting terkena motosikal dan sebuah kereta yang berada dibelakangnya.

“Penunggang motosikal yang berusia 55 tahun mengalami kecederaan ringan dan masih dalam rawatan hospital.

“Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Terdahulu, tular sebuah video rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang lelaki tercampak ke atas jalan raya selepas sebuah tayar tiba-tiba ‘terbang’ ke arah motosikal ditunggangnya.

Menerusi video tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya diikuti dengan motosikalnya berpusing beberapa kali.

Kelihatan tayar ‘terbang’ itu juga menghentam bahagian depan kenderaan pemilik video kamera papan pemuka yang turut berada di lorong tengah.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button