Piala FA: Nidzam terkejut Gergasi Merah tewas 1-6
Piala FA: Nidzam terkejut Gergasi Merah tewas 1-6
PETALING JAYA – Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tidak sangka pasukannya akan ‘dibelasah’ selepas tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Menurut Nidzam, hasrat untuk melakukan kebangkitan selepas ketinggalan 0-2 hampir menjadi realiti apabila Alvin Fortes merapatkan kedudukan ketika saingan berbakit 30 minit
Namun, Nidzam melihat kesilapan mudah yang dilakukan oleh pemainnya sendiri sehingga menyaksikan JDT berjaya meraih tiga gol dalam masa yang singkat meranapkan impian pasukan untuk melakar kejayaan.
“Kita selalu rasa kita hampir dekat dengan perlawanan ini terutama pada masa 1-2. Namun, apabila lawan dapat meraih gol ketiga dan keempat itu, jujur saya kata dia membunuh tempo.
“Bila dapat pasukan sebaik dan kualiti seperti JDT, kalau tak fokus, dia akan jadi lima dan enam (gol).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
- Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD
- Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU
PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
“Tapi untuk perlawanan akhir, enam gol (bolos) terlalu banyak tapi saya perlu bertanggungjawab penuh kerana kami tidak gembira dengan keputusan ini,” katanya selepas tamat perlawanan.
Kekalahan tersebut menyaksikan kemarau Selangor FC dalam kempen domestik berterusan apabila kali terakhir menjulang trofi pada Piala Malaysia edisi 2015. – KOSMO! ONLINE
Piala FA: Nidzam terkejut Gergasi Merah tewas 1-6
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?