Remaja perempuan maut motosikal tersepit bawah lori

Oleh – Syeikh Baran


Remaja perempuan maut motosikal tersepit bawah lori

Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lorong She Chew Jetty di sini, hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 1.03 tengah hari itu, mangsa, Nur Farzana Ahmad Husaini, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba terus ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kemalangan berlaku.

”Ketika tiba di lokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash didapati telah tersepit di bawah tayar lori tersebut.

”Mangsa yang tersepit telah dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button