Reman ibu, bapa tiri dera anak sampai mati dilanjut 7 hari lagi

Oleh – Syeikh Baran


Reman ibu, bapa tiri dera anak sampai mati dilanjut 7 hari lagi

Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, direman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, bapa tiri dan ibu kandung mangsa berusia 28 dan 29 tahun direman sehingga 31 Ogos ini.

“Tempoh reman dua suspek tamat semalam dan disambung sehingga 31 Ogos ini. Motif kejadian masih dalam siasatan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai didera.

Siasatan mendapati terdapat kecederaan pada tubuh si mati dipercayai dilakukan menggunakan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.



Pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada di rumahnya.

Pemeriksaan awal mendapati ada kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut. Susulan itu, ibu dan bapa tiri mangsa ditahan di Bandar Tasik Puteri pada hari sama.

Bapa tiri mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibu kandungnya menjual aiskrim. Mangsa dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak 24 Jun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button