Tentera UK rampas kokain di tengah laut
Tentera UK rampas kokain di tengah laut
London: Kokain dengan nilai pasaran melebihi £40 juta (US$53 juta) telah dirampas oleh sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Britain di Laut Caribbean, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tentera Laut Diraja berkata ia adalah rampasan dadah keenam yang dilakukan oleh HMS Trent pada 2024, dengan hampir tujuh tan dadah bernilai £551.5 juta telah dirampas daripada penyeludup.
Pegawai pemerintah HMS Trent Komander Tim Langford menyifatkan rampasan terbaru pada 8 Ogos itu sebagai “satu lagi tangkapan penting.”
Bertindak atas maklumat, HMS Trent digerakkan dalam operasi terbaru itu di sekitar 120 batu nautika di selatan Republik Dominika.Dalam operasi yang disertai sebuah pesawat rondaan maritim AS, kapal perang yang berpangkalan di Portsmouth itu segera menghampiri dan menghantar Marin Diraja Britain serta Pengawal Pantai AS untuk memintas bot laju yang disyaki menyeludup kokain.
Penyeludup bertindak membuang kargo mereka ke laut untuk mengelak semua barang seludup daripada dirampas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
- Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD
- Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU
PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
Kira-kira 506 kilogram dadah kelas A telah dirampas, dan tiga penyeludup telah diserahkan kepada pihak berkuasa AS untuk pendakwaan.
HMS Trent yang telah bekerjasama rapat dengan Pengawal Pantai AS dan Pasukan Petugas Antara Agensi Bersama (South), kini telah merampas 6,995 kilogram dadah pada 2024.
Kapal itu masih melakukan rondaan di perairan Caribbean.
Tentera UK rampas kokain di tengah laut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?