Wanita minta pekerja kira duit kertas RM368,000, tapi tak jadi beli

Wanita minta pekerja kira duit kertas RM368,000, tapi tak jadi beli

Wanita minta pekerja kira duit kertas RM368,000, tapi tak jadi beli
WANITA itu berkata dia pergi ke kedai untuk membeli pakaian tetapi dilayan dengan tidak semena-mena oleh kakitangan di situ. FOTO ReutersWANITA itu berkata dia pergi ke kedai untuk membeli pakaian tetapi dilayan dengan tidak semena-mena oleh kakitangan di situ. FOTO Reuters

Beijing: Seorang wanita membuatkan pekerja di butik Louis Vuitton (LV) di China, mengira wang kertas 600,000 yuan (kira-kira RM368,416), secara sia-sia, apabila dia menukar fikiran dengan tidak membeli apa-apa di butik mewah berkenaan.

The Straits Times melaporkan tindakan itu sebahagian daripada plot membalas dendam atas pengalaman tidak menyenangkan dialami wanita berkenaan yang sebelum ini berurusan di dengan pekerja di premis itu.

Menurut akhbar China Sohu, pertemuan awal wanita itu dengan kakitangan itu berlaku pada Jun lalu di butik LV di pusat beli-belah StarLight Place di Chongqing, barat daya China.



Wanita itu berkata, dia pergi ke butik itu untuk membeli pakaian, tetapi dilayan acuh tak acuh oleh kakitangan di situ.

Selain tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan minuman, mereka juga menunjukkan barangan daripada koleksi musim sebelumnya dan bukannya menunjukkan produk terkini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




Dia juga menuduh kakitangan ‘membulatkan mata’ ke arahnya dan kelihatan tidak sabar apabila dia meminta untuk melihat beberapa pakaian.

Wanita itu menambah bahawa dia tidak diendahkan apabila cuba menghubungi ibu pejabat LV mengenai ‘pengalaman’ itu selepas meninggalkan butik berkenaan.

Menurut outlet berita Hong Kong South China Morning Post (SCMP), selepas dua bulan, wanita itu kembali ke butik sama .



Diiringi pembantu peribadinya dan rakannya, mereka mencuba beberapa pakaian sebelum memberitahu jurujual bahawa akan membelinya.

Dia kemudian menyerahkan beg besar wang tunai kepada pekerja dengan alasan untuk membayar pakaian.

Kakitangan mengambil masa dua jam untuk mengira wang kertas dari dalam beg itu, tetapi sebaik sahaja selesai mengira, wanita itu memberitahu kakitangan bahawa sudah menukar fikiran tidak mahu membeli dan beredar.

Dia menulis di platform media sosial Xiaohongshu: “Selepas mereka selesai mengiranya, saya hanya mengambil wang saya dan pergi.



Kisah wanita itu mendapat pujian daripada netizen, lapor SCMP.

“Pengakhiran ini sangat menggembirakan. Saya selalu tertanya-tanya kenapa ada pekerja butik begitu angkuh,” kata seorang netizen.

“Mereka menjual barangan mewah, tetapi ia tidak bermakna mereka juga adalah barangan mewah,” kata seorang lagi.

Wanita minta pekerja kira duit kertas RM368,000, tapi tak jadi beli


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button