Bukti Malaysia pilihan terbaik pelabur

Bukti Malaysia pilihan terbaik pelabur

Bukti Malaysia pilihan terbaik pelabur
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Pelaburan terkini oleh Amazon Web Services (AWS) membuktikan Malaysia mempunyai banyak peluang untuk ditawarkan, melangkaui insentif cukai kepada perniagaan asing, kata pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, lokasi strategik, infrastruktur, kumpulan bakat dan dasar properniagaan adalah antara tarikan utama Malaysia.

Beliau berkata, semua ini menjadikan kerajaan tidak perlu terlalu bergantung kepada insentif cukai untuk menarik pelabur dan perniagaan asing.



“Sehubungan itu, jenis pelaburan yang masuk perlu dipelbagaikan dengan baik. Cara terbaik, kerajaan perlu mengelak penumpuan sektor yang berlebihan kerana ini menyebabkan negara terdedah kepada perubahan mendadak dalam gelombang pelaburan,” katanya kepada Bernama.

Khamis lalu, AWS mengumumkan pelaburan bernilai AS$6.2 bilion (RM29.2 bilion) di Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjangnya sehingga 2038.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?




Pelaburan itu mengiringi pelancaran AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia), menyediakan pilihan lebih luas kepada pembangun, syarikat pemula niaga, usahawan dan perusahaan di Malaysia untuk mengendalikan aplikasi dan memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir dari pusat data AWS di negara ini.

Pembinaan dan operasi AWS Wilayah baharu itu dijangkakan menambah kira-kira AS$12.1 bilion (RM57.3 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan akan menyokong purata tahunan lebih 3,500 pekerjaan sepenuh masa sehingga 2038.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebahagian daripada hubungan baharu itu, AWS menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam.

Mohd Afzanizam berkata, pertambahan pusat data menunjukkan Malaysia boleh mencipta ruang teknologi khusus, malah negara mewujudkan jejaknya dalam industri semikonduktor.



Beliau berkata, terdapat cara untuk meningkatkan kemahiran dengan menggalakkan reka bentuk litar bersepadu.

Sehubungan itu, Malaysia berpotensi menjadi hab pusat data Asia memandangkan keluasan tanah dan infrastruktur yang dimiliki negara ini, katanya.

Bukti Malaysia pilihan terbaik pelabur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button